Roast beef and mashed potatoes mushrooms/ Daging lembu panggang dan kentang lenyek cendawan


    BAHAN-BAHAN DAGING PANGGANG:
  • 1.2kg Daging
  • Tali ‘Overproof’ (kitchen string)
  • 2 sudu besar Rosemary Kering
  • 1 sudu besar Oregano Kering
  • 1 sudu besar Lada Hitam kisar
  • 1 sudu besar Serbuk Paprika
  • 2 Sudu Besar Minyak Zaitun
  • 1 Sudu Besar Garam

  • BAHAN-BAHAN SOS:
  • 2 biji Bawang Besar (dipotong dadu)
  • 4 biji Bawang Putih (dipotong dadu)
  • 3 batang Daun Rosemary Segar
  • Jus daging (½ cawan)
2 sudu besar Serbuk ‘Demi-Glaze’
  • 2 cawan Stok Daging (tanpa garam)
  • 1 tin Buah Tomato
  • CARA-CARA PENYEDIAAN DAGING PANGGANG:
  • Ikat daging tenderloin supaya ianya akan kekal bentuk semasa sedang dimasak.
  • Campurkan kesemua bahan perapan dan salutkan daging dengan bahan perapan ini. Perap untuk 1 jam.
  • Di atas frying pan ataupun grill yang panas, sear permukaan tenderloin hingga berwarna perang.
  • Bakar di dalam ketuhar selama 10-15 minit dengan suhu 180C sehingga tahap masak yang diingin dikecapi.
  • Selepas siap, rehatkan daging di luar ketuhar dan simpan jus daging yang terkeluar semasa memasak.

    • CARA-CARA PENYEDIAAN SOS:
    • Tumis bawang dengan sedikit minyak panas hingga caramelized dan warna perang, api perlahan, lebih kurang 20 hingga 30 minit.
    • Masukkan bawang putih, rosemary dan tumis 5 minit. Jangan hanguskan.
    • Masukkan buah tomato, stok daging, jus daging dan 'demi-glaze' dan reneh hingga semua buah tomato hancur tanpa menghanguskan apa-apa bahan, lebih kurang 15 minit.
    • Tapis keluar semua bahan di simpan sos.
    • Gubah rasa ikut citarasa. Kalau perlu cuka boleh dimasukkan.

      BAHAN-BAHAN KENTANG LENYEK CENDAWAN:
    • 6 biji Kentang Russet (dipotong dadu)
    • ½ biji Bawang Holland (dipotong dadu)
    • @ biji Bawang Merah (dipotong dadu)
    • 3 ulas Bawang Putih (dipotong dadu)
    • 30 biji Cendawan Butang (dihiris dan didadu kecil)
    • 2 tangkai Herba Oregano (daun dipotong kasar)
    • 1 cawan besar Air Stok Ayam
    • 1 ½ cawan besar Krim
    • Garam
    • Lada Hitam (dikisar)
    • Mentega

      CARA-CARA PENYEDIAAN KENTANG LENYEK CENDAWAN:
    • Panaskan air rebusan bersama dengan kentang hingga ¾ masak. Tepikan.
    • Panaskan pan bersama sedikit minyak dan 2 sudu teh mentega. Masakkan cendawan bersama dengan bawang holland, bawang kecil dan bawang putih, tepikan.
    • Toskan kentang dan masukkan stok ayam, campurkan ramuan cendawan bersama dan masukkan krim dan 1 sudu teh mentega.
    • Apabila kentang sudah masak dan lembik, lenyekkan, beri perisa garam dan lada hitam. Biar sedikit kering.
    • Gaulkan herba oregano dan siap untuk dihidang.

      BAHAN-BAHAN SAYUR PANGGANG:
    • 2 biji Terung (dipotong dadu besar)
    • 4 biji Lada Benggala Merah (dihiris nipis)
    • 2 biji Zukini (dihiris nipis)
    • Jus 1 biji Lemon
    • Garam dan Lada
    • 5 sudu minyak Neuvida

      CARA-CARA PENYEDIAAN SAYUR PANGGANG:
    • Masak terung dan lada benggala dengan api yang besar bersama 2 sudu besar minyak neuvida selama 3-5 minit.
    • Setelah masak, gaulkan bersama jus lemon, garam, lada, minyak neuvida lebih dan juga zukini yang mentah.

No comments:

Post a Comment